• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Ingatkan Pakatan Ahli PAN Sanggup Tinggalkan PAS

oleh Ahmad Albab
16/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan Pakatan Harapan bahawa ramai ahli parti itu meninggalkan PAS sebelum ini kerana mahukan satu kemuafakatan politik yang jujur dan ikhlas.

Justeru, Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, budaya kenyataan dan tindakan secara unilateral tidak boleh dan tidak wajar menjadi amalan Pakatan Harapan.

“Kenyataan berhubung dua pilihan raya kecil (PRK) ini (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) sewajarnya dibincang dan dipersetujui dahulu di dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Tiada yang muktamad sehingga diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau dipercayai berkata demikian bagi menyelar saranan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya Pakatan Harapan tidak meletakkan calon dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Pemimpin PKR yang dimaksudkan dipercayai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri MOhamed Azmin Ali kerana mahu memujuk PAS kembali menyertai gabungan parti pembangkang kerana bimbang kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor boleh terjejas tanpa sokongan PAS.

Ia berikutan kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung baru-baru ini.

Mat Sabu dalam pada itu menegaskan, PAN mahu PRK terbabit dijadikan medan memperkukuh Pakatan Harapan bagi mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN).

“PAN berpendapat bahawa dua PRK ini mesti dilihat dalam perspektif yang tepat dengan matlamat yang khusus. Ia mesti dilihat dalam rangka membina kekuatan Pakatan Harapan,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Mat SabuPANPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd