• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Tamatkan Siasatan Terhadap 1MDB

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya terhadap hal ehwal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim berkata 1MDB telah menyatakan komitmen untuk membayar kompaun sebelum tarikh akhir pada 30 Mei 2016, menandakan tamatnya siasatan tersebut.

Syarikat pelaburan strategik negara berkenaan dikenakan kompaun oleh bank pusat susulan kegagalan melaksanakan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Bagaimanapun, Muhammad enggan memberitahu nilai kompaun yang dikenakan ke atas 1MDB, memandangkan ia bertentangan dengan amalan BNM bagi mendedahkan kuantum yang dikenakan terhadap individu khusus atau entiti kepada awam.

1MDB dijangka membayar denda tersebut.

Semasa taklimat media hari ini, Muhammad mengulangi bahawa kesemua siasatan di bawah bidang kuasa bank pusat dari segi peraturan, kawal selia dan undang-undang ditamatkan.

“Dari segi siasatan yang bukan di bawah peraturan, kawal selia dan undang-undang bank pusat, kita akan meneruskan kerjasama dengan badan berkuasa lain,” katanya.

Menurut kenyataan 1MDB pada 28 April lepas, bayaran kompaun tersebut akan dijelaskan pada atau sebelum tarikh akhir.

Mengenai pertikaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company, Muhammad berkata kedua-dua pihak tersebut perlu menyelesaikan perkara berkaitan dan bank pusat tidak akan campur tangan.

Selain itu mengenai kebimbangan terhadap kenaikan liabiliti luar jangka 1MDB disebabkan pertikaian kedua-dua pihak berkenaan, beliau berkata kerajaan akan memenuhi semua tanggungjawab hutangnya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd