• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pandang Rendah Cabaran PKNS FC – Safiq

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim mengingatkan rakan sepasukan untuk tidak memandang rendah kemampuan PKNS FC apabila membuat perhitungan di pentas final Piala FA di Stadium Shah Alam, malam esok.

Menurut Safiq, kemampuan PKNS FC yang dibimbing E Elavarasan terbukti dengan kejutan yang dilakukan ke atas beberapa pasukan Liga Super seperti Terengganu FA, Felda United dan Perak sebelum mara ke final.

“Bagi saya, semua pemain PKNS FC berbahaya kerana mereka berjaya menewaskan beberapa pasukan Liga Super sama ada di laman sendiri atau tempat lawan.

“Gandingan pemain tempatan dan import yang ada dalam pasukan PKNS FC adalah terbaik,” katanya pada sidang media pra-perlawanan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Safiq menjelaskan kejayaan mara ke final Piala FA boleh dianggap satu pencapaian membanggakan walaupun sedar peminat JDT sentiasa mengharapkan kejayaan dalam setiap perlawanan.

“Setiap perlawanan yang kami lalui memang ada tekanan tersendiri, namun yang penting, pemain ada karakter masing-masing seperti yang sering diperkatakan ketua jurulatih (Mario Gomez).

“Kalau kita (pemain) ada karakter tersendiri, saya yakin kami mampu atasi tekanan tersebut,” jelas Safiq yang enggan meletakkan sasaran peribadi pada aksi final itu nanti.

Dalam pada itu, kapten PKNS FC, Shahrul Azhar Ture mengakui mereka begitu bersemangat untuk mencipta kejutan ke atas skuad Harimau Selatan selepas menewaskan beberapa pasukan Liga Super, sebelum ini.

“Saya berharap rakan sepasukan akan memberikan persembahan terbaik seperti yang dipamerkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Ia juga selaras dengan slogan pasukan ‘Never Give Up, Never Surrender’ yang diterap pemain dalam setiap perlawanan yang dihadapi,” katanya

Sebagai rekod, JDT sekadar muncul naib juara Piala FA pada 2013 setelah kalah 0-1 kepada Kelantan di final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pasukan dari selatan tanah air itu pernah menjuarai Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II). – BERNAMA

Tags: JDTPiala FAPKNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

13/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Johor Motorsports Racing (JMR) bakal mencipta detik bersejarah apabila membuat penampilan sulung dalam perlumbaan ketahanan...

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung sebelum ini telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd