• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Trafik KL Siap Siaga Hadapi Bencana Banjir Kilat

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Trafik Kuala Lumpur kini bersiap siaga menghadapi bencana banjir kilat seperti yang melanda ibu negara semalam.

Ketuanya ACP Mohd Nadzri Hussain berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tentang lokasi-lokasi yang berpontensi berlaku banjir.

“Kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan dilakukan terutama di kawasan yang terlibat dengan projek pembangunan berhampiran jalan-jalan utama di sekitar pusat bandar raya di ibu negara.

“Kerjasama polis dan DBKL akan dipertingkatkan bagi aspek pengurusan krisis dan lalu lintas,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Nadzri berkata pihaknya akan melaksanakan pelan pengurusan lalu lintas semasa banjir seperti lencongan dan penutupan jalan bagi mengurangkan kesesakan jalan raya akibat bencana itu.

Beliau berkata pelan itu akan dilaksanakan apabila berlaku hujan lebat berpanjangan dan tanda-tanda akan berlaku banjir teruk di lokasi yang akan dikenal pasti kelak.

Mengulas mengenai keadaan banjir teruk di Jalan Sultan Abdul Halim dan pintu masuk utama Universiti Malaya (UM) semalam, Mohd Nadzri berkata seramai 15 anggota khas kawalan banjir ditugaskan di kedua-dua lokasi berkenaan.

“Anggota kita turut memberi bantuan menunda kenderaan yang terkandas sejak banjir melanda sehingga air surut.

“Tiada kecederaan dan sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berikutan air mulai naik separas pinggang dan berarus deras, mangsa yang terperangkap diselamatkan termasuk seorang wanita yang mengalami sesak nafas,” katanya.

Semalam, sebanyak empat jalan utama iaitu Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu dilaporkan terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam. – BERNAMA

Tags: banjir kilatpolis trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd