Satu screenhoot memaparkan perbualan seorang jurusolek dan pelanggannya kini tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.
Menerusi mesej itu, si pelanggan telah membatalkan tempahan mekapnya sebaik sahaja mengetahui jurusolek yang dikenali sebagai, Iyda Yusof menghidap kanser tahap tiga.
“Maaf saya nak batal mekap saya yang dah bayar deposit untuk kahwin saya bulan 12.
“Dengar cerita akak cancer biasanya kalau dah 3 memang susah baik kak ikut nasib je.
“Apa pun saya harap akak kuat, boleh akak refund deposit tu sebab nak cari mua lain..,” tulis pelanggan itu.

Mesej itu mengundang amarah ramai gara-gara keceluparan si pelanggan yang seolah-olah berkuasa menentukan ajal dan maut jurusolek tersebut.
Pada masa sama, Iyda memberitahu dia bukan mahu simpati ramai apabila memuat naik perbualan itu namun, ingin memberi jaminan kepada pelanggan lain yang kawannya akan menggantikannya jika apa-apa berlaku pada dirinya.
“Saya tidak berniat untuk meraih simpati dengan mengemas kini status berkenaan. Saya juga tidak terkilan kerana pelanggan membatalkan tempahan dengan saya kerana risau saya tak sihat dan tak dapat nak solek mereka.
“Apa yang saya cuba sampaikan ialah saya beri jaminan bahawa walaupun saya sakit, tetapi saya tetap akan menepati janji dan jika tidak mampu, ramai lagi kawan saya yang boleh menggantikan saya,” kata Iyda kepada Harian Metro.
Menurut ibu kepada dua anak yang berusia lapan dan lima tahun, dia mengetahui menghidap kanser usur besar tahap tiga itu sejak lima bulan lalu.
Difahamkan, setakat ini sudah tiga pelanggan telah membatalkan tempahan mekap tersebut. – MYNEWSHUB.CC

