• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Rayuan Utusan Melayu

oleh Ahmad Albab
10/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini, hari ini menolak rayuan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya ia membayar ganti rugi RM200,000 kepada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berkaitan artikel bersifat memfitnah.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan permohonan Pua supaya rayuan itu ditolak atas alasan notis rayuan penerbit akhbar itu yang dikemukakan kepada mahkamah adalah tidak kompeten.

Peguam Pua, Guok Ngek Seong sebelum itu berhujah bahawa Utusan Melayu dikehendaki terlebih dahulu memfail permohonan mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan bagi membolehkannya mengemukakan rayuan, menurut seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Seksyen itu menyebut rayuan tidak boleh dikemukakan ke Mahkamah Rayuan bila amaun atau nilai perkara pokok tuntutan kurang daripada RM250,000 kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan.

Beliau (Guok) berkata rayuan Utusan Melayu ditolak kerana ia tidak mendapat kebenaran merayu oleh itu notis rayuan tidak kompeten.

Bagaimanapun, peguam Utusan Melayu Azhar Arman Ali berhujah bahawa kebenaran itu tidak diperlukan kerana nilai perkara pokok tuntutan bagi tujuan menentukan sama ada kebenaran diperlukan, harus diasaskan pada masa saman sivil difailkan dan bukan pada anugerah diberikan Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata tuntutan saman sivil yang difailkan di Mahkamah Tinggi adalah tidak kurang dari RM1 juta.

Hakim Zawawi yang bersidang bersama Hakim Vernon Ong Lam Kiat dan Harmindar Singh Dhaliwal, berkata amaun itu hendaklah pada masa mahkamah memberi anugerah berkenaan.

Beliau juga memerintahkan deposit RM1,000 bagi rayuan yang dibayar oleh Utusan Melayu, diberikan kepada Pua sebagai kos guaman.

Pada 17 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menilai kerugian dalam saman sivil itu dan menganugerahkan RM200,000 kepada Pua selepas Utusan Melayu menerbitkan pada 23 Mei, tahun lepas permohonan maaf berhubung penerbitan artikel itu yang Pua dakwa memfitnahnya.

Guok memberitahu pemberita berikutan keputusan hari ini, perintah Mahkamah Tinggi agar Utusan Melayu membayar RM200,000 kepada Pua sekali lagi disahkan.

Sementara itu, Azhar mengesahkan bahawa anak guamnya telahpun membayar kepada Pua.

Beliau juga berkata, beliau menunggu arahan dari anak guamnya sama ada membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Tony PuaUtusan Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd