• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Viral Warden Pijak Pelajar Adalah Benar – Polis

oleh AK-47
10/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERIKUTAN penyebaran sebuah video viral seorang lelaki berkopiah dilihat memukul dan memijak seorang pelajar, pihak polis dalam satu kenyataan tampil mengesahkan kejadian itu adalah benar.

BACA: Warden Asrama Berkopiah Pijak Pelajar

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar, pihaknya telah menerima satu laporan pihak polis berkenaan insiden itu daripada seorang pelajar berusia 16 tahun, pada Isnin.

Susulan itu, kata Abd. Rahim, pihaknya sedang menjalankan siasatan berkenaan kes itu dan orang ramai diminta tidak membuat  sebarang spekulasi.

“Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah Sungai Buloh. Kejadian telah berlaku pada 3/5/2016 jam lebih kurang 5.30 petang di Asrama Kasih, Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor.

“Pihak polis memandang serius akan perkara ini. Ekoran daripada laporan yang dibuat pihak polis telah memulakan siasatan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan.

“Justeru, masyarakat diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut. Saya memberi jaminan siasatan berhubung perkara ini telah dan sedang dijalankan secara telus dan teliti,” katanya.

Video yang dimuat naik di Facebook Malaysian Crime Watch atau MyWatch itu, menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Difahamkan, remaja lelaki itu teruk dipukul dan dipijak bertubi-tubi oleh guru wardennya setelah tertangkap sedang menghisap merokok di kawasan tangga.

Bagaimanapun, remaja itu kemudian diselamatkan oleh rakan-rakannya yang bertindak mententeramkan guru terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Guruvideo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah

Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah

03/04/2026
0

KULIM – Seorang guru lelaki berusia 55 tahun berdepan detik cemas apabila kereta yang baru diparkirnya secara tiba-tiba mengundur sendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd