• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Hidup Mewah Selepas Pelan Diet Ciptaannya Berjaya

oleh Ahmad Albab
10/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBU kepada tiga anak ini berjaya mengubah kehidupannya dan kini dia hidup dalam kemewahan selepas berjaya mencipta pelan diet tersendiri. Kejayaannya itu lebih bermakna kerana Terri tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang sains pemakanan.

Terri-Ann Nunns, 32, dari Doncaster menggunakan elemen dalam pelbagai jenis diet yang digabungkan dan ia ternyata memberikan kesan apabila dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 63 kilogram.

Susulan kejayaannya itu, Terri kini mengendalikan laman sesawang sendiri dan mempunyai 53,000 ahli serta memperolehi pendapatan £500,000 setahun.

“Selama lima bulan, saya mendapat inspirasi dan idea daripada pelan diet yang berbeza dan `bermain-main’ dengan makanan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.

“Saya hampir tidak percaya kerana buat pertama kalinya berat saya menurun dan mendapat badan yang saya inginkan,” katanya.

Berat badan Terri naik mendadak selepas melahirkan anak kembarnya iaitu Angelo dan Kelise pada Oktober 2005. Bagaimanapun Kelise meninggal dunia sebaik dilahirkan menyebabkan Terri menjadi murung dan beralih kepada makanan.

Tidak lama kemudian Aaleyah pula dilahir namun malangnya selepas anaknya itu berusia 11 bulan, perkahwinan Terri pula berdepan masalah dan dia kemudiannya bercerai dengan suaminya.

Ketika itu berat badannya naik mendadak dan Terri telah mencuba pelbagai diet tetapi tidak berjaya hinggalah dia membuat kajian mengenai semua diet di pasaran.

Akhirnya dengan berkat usaha Terri, berat badannya menurun dan ramai yang ingin mengetahui rahsianya.

Terri kemudiannya mewujudkan laman sesawang Terri-Ann 123 Diet Plan dan dengan diet berkenaan, dia yang telah berkahwin lain, kini hidup mewah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dietWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd