• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersukan Sambil Beramal, FitMalaysia Perlis 2016 Istimewa – Khairy

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Program #FitMalaysia peringkat negeri Perlis yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis di sini cukup istimewa dengan konsep bersukan sambil beramal.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan pendekatan yang cukup bermakna kerana bukan sahaja menerapkan budaya hidup sihat dengan bersukan, malah memupuk nilai kesedaran untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Ini adalah program FitMalaysia yang paling menyentuh perasaan…sangat bermakna kerana turut disertai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang bukan sahaja mementingkan sukan untuk kecergasan, malah berjiwa prihatin.

“Baginda sanggup berkayuh menaiki basikal sejauh 10 kilometer bersama rakyat dan singgah di empat rumah dan sebuah masjid untuk menyampaikan bantuan kepada lebih 20 asnaf di kawasan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Program itu dirasmikan Tuanku Syed Faizuddin dan turut disertai Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut diadakan penyerahan catatan Malaysian Book Of Records (MBOR) bagi ‘Perjalanan kayuhan terbanyak dalam program CSR bagi 2015’, yang dipersembahkan wakil MBOR, Helilia Juana Hashim kepada Raja Muda Perlis, mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

MAIPs telah menganjurkan program tanggungjawab komuniti terbanyak menaiki basikal melalui ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ untuk menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf di seluruh Perlis melibatkan lebih 100 siri jelajah berbasikal sejak ia mula diadakan pada 2012.

Perlis merupakan negeri ketiga melaksanakan program #FitMalaysia tahun ini selepas Miri, Sarawak serta Melaka, dan selepas ini ia akan dilangsungkan di Pulau Pinang dan Perak. – BERNAMA

Tags: Fit MalaysiaKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd