• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Helikopter: Jenazah Noriah Kasnon Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong di sini, awal pagi Sabtu.

Jenazah Allahyarham disemadikan kira-kira pukul 2 pagi di kampung kelahirannya selepas disembahyangkan di Masjid Ar Rahmah, Batu 12 di sini.

Selain anggota keluarga, turut hadir di tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Naib presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillay.

Sebelum itu, jenazah tiba pada pukul 11.40 malam dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching, Sarawak yang berlepas kira-kira pukul 9.15 malam.

Sanak saudara dan sahabat handai yang berkumpul di perkarangan pangkalan udara itu diselubungi perasaan sedih dan pilu.

Allahyarham, 52, yang juga anggota Parlimen Sungai Besar meninggalkan empat orang anak berumur 29, 24, 21 dan 19 tahun daripada perkahwinan beliau sebelum ini serta seorang anak angkat berumur tiga tahun.

Noriah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang Khamis.

Selain Noriah, turut menaiki helikopter sama ialah suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr. Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas turut menaiki pesawat malang itu. – BERNAMA

Tags: nahas helikopterNoriah Kasnon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd