• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR Nahas Helikopter Di Sebuyau Berpindah Ke Lingga

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUYAU (Sarawak) – Tumpuan pencarian kini beralih ke kawasan hulu Sungai Batang Lupar berhampiran Lingga bagi mengesan helikopter yang hilang sejak semalam bersama empat penumpang dan seorang juruterbang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon II Sarawak, Azman Julaihi yang mengetuai misi mencari dan menyelamat (SAR) JBPM berkata kawasan berkenaan, kira-kira 250km dari Kuching, dipercayai lebih dekat dengan lokasi tragedi berdasarkan penemuan satu mayat dan serpihan helikopter hari ini.

Sebelum ini, tumpuan pencarian ialah di Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, sebuah pekan kecil terletak 220km dari Kuching.

“Pasukan SAR akan memperluaskan kawasan pencarian sekitar 50 hingga 100 kilometer di kawasan hulu Sungai Batang Lupar bagi mengesan lima lagi yang hilang,” katanya kepada Bernama.

Azman berkata aset pencarian akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang menghala ke Kuching sebelum nahas itu berlaku.

Azman berkata operasi SAR itu diteruskan di hulu sungai itu berhampiran Lingga malam ini.

Pos Operasi SAR di Jeti Feri Sebuyau, akan ditutup mulai pukul 8 malam ini dan dipindahkan ke Lingga dekat Sri Aman mulai esok susulan peralihan kawasan pencarian ke Lingga, kira-kira 30km dari Sebuyau.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon; suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) turut menaiki helikopter itu.

Turut berada di dalam pesawat itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Noriah berada di Betong untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan kementeriannya semasa pilihan raya negeri ini. – BERNAMA

Tags: nahas helikopteroperasi SAR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd