• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Pasrah Ketentuan Ilahi Terhadap Nasib Wan Khair-il Anuar

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – “Saya reda, hidup dan mati ketentuan Allah,” demikian luahan Rahmah Abdullah, 70-an ibu kepada Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Wan Mohammad Khair-il, Pengerusi Lembaga Minyak Malaysia (MPOB), merupakan antara enam orang yang terlibat dalam nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak petang semalam.

Rahmah berkata beliau mendapat berita mengenai kehilangan anaknya itu daripada menantunya yang hanya ingin dikenali sebagai Farhaini kira-kira pukul 9 malam.

“Semasa menantu saya memberitahu mengenai kejadian itu saya sedang menonton musabaqah Al-Quran,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di sini lewat malam tadi.

Sementara itu, adik Wan Mohammad Khair-il, Wan Mohd Khir Johari, 53, berkata beliau terkejut menerima berita kehilangan abangnya daripada seorang rakan di Pejabat Menteri Besar Perak.

“Saya menerima maklumat mengatakan sebuah helikopter hilang dari radar dan mungkin abangnya berada di dalam helikopter itu.

“Anak rakan saya yang berada di Sarawak kemudian menghubungi saya dan mengesahkan perkara itu,” katanya.

Sementara itu anak Wan Mohammad Khair-il, Wan Emir Astar dalam akaun Facebook dan Twitternya meminta orang ramai untuk terus mendoakan keselamatan kesemua penumpang.

“Mohon doakan keselamatan ayahanda, Wan Khair-il Anuar, bersama mereka dalam helikopter yang hilang di Sarawak. Allah is all knowing all wise,” katanya.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan pada 4.15 petang, setelah tiga minit berlepas. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd