• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Keselamatan Bangunan SUK S’gor Diperketat

oleh Sifulan
10/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor mengetatkan kawalan keselamatan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini bagi mengelak insiden tidak diingini, dicetuskan pihak tertentu susulan kemelut jawatan Menteri Besar.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Kushrin Munawi, berkata arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan pihaknya yang turut melibatkan pemantauan secara berterusan di kawasan bangunan pentadbiran kerajaan negeri.
“Arahan telah dikeluarkan supaya keselamatan Bangunan SUK ini diperketatkan untuk pastikan tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Ini kerana kita khuatir jika ada pihak tertentu cuba bertindak di luar kawalan (berkaitan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutup Kursus Perdana Haji peringkat Negeri Selangor 1435 Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah-langkah kerajaan negeri susulan pergolakan jawatan Menteri Besar Selangor setelah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keanggotaannya oleh Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, ketika mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), berkata keputusan pemecatan itu dibuat sebulat suara berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Selain itu, katanya, Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN Selangor.

Abdul Khalid menyertai PKR pada 2007. – BERNAMA

Tags: Kerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kumpulan Kedua Misi Kemanusiaan KP1M Tiba

Next Post

Beberapa Mayat MH17 Berbangsa Cina Akan Dibakar Di Belanda

Related Posts

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

07/12/2022
0

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar semula dan penamaan pokok menggunakan hasil kutipan...

Next Post

Beberapa Mayat MH17 Berbangsa Cina Akan Dibakar Di Belanda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd