BEIJING – China telah menyiarkan rakaman rasmi pertama kerja-kerja pembinaan di atas pulau yang menjadi rebutan negara-negara antarabangsa dan terletak di Laut China Selatan.
Video memaparkan proses pembinaan bangunan, jalan raya dan rumah api yang masih berjalan di Fiery Cross Reef atau dikenali oleh warga China sebagai Yongshu.
Ia telah disiarkan di dalam satu laporan oleh China Central Televison (CCTV), Selasa, menurut akhbar Global Times.
Laporan tersebut menyiarkan tentang kumpulan penari dan penyanyi daripada Parti Pembebasan Rakyat China (PLA) yang telah membuat persembahan di atas pulau tersebut.
Fiery Cross turut dituntut oleh Filipina, Vietnam dan Taiwan.
China menganggap kawasan keseluruhan radius Laut China Selatan, yang merupakan laluan perkapalan penting bernilai berbilion dolar setahun, sebagai teritori pemerintahannya meskipun direbut oleh Vietnam, Brubei, Taiwan, Filipina dan Malaysia.
Kerajaan China telah menegaskan bahawa mereka mempunyai hak penuh terhadap pulau tersebut yang memungkinkan pembinaan perlabuhan tentera mereka di sana, sambil mengutuk tindakan tentera laut Amerika Syarikat yag dianggap sebagai agresif. - TIME

