• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selidik Kesahihan Maklumat Elak Berlaku Fitnah – Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
03/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini perlu menyelidik kesahihan setiap maklumat dan tidak mudah menghebahkan perkara yang boleh mendatangkan fitnah serta permusuhan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkembangan teknologi kini boleh membawa implikasi besar jika disalah gunakan sehingga boleh menghakis nilai-nilai kemanusian dan rasa hormat-menghormati.

“Justeru, umat Islam perlu tabayyun (menyelidik) kerana penyalahgunaan teknologi komunikasi boleh membawa kepada fitnah siber seterusnya mencetuskan permusuhan dalam kalangan umat Islam,” katanya dalam ucapan sempena perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) peringkat antarabangsa ke-58 di sini.

Penganjuran tilawah antarabangsa tahun ini bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” berlangsung selama empat hari bermula esok.

Sebanyak 68 peserta akan memperdengarkan bacaan terdiri daripada 38 peserta bagi kategori tilawah dan 30 peserta bagi kategori hafazan.

Bagi kategori hafazan, Malaysia diwakili Mohamad Omar Mansu dan Farihah Zulkifli iaitu johan lelaki dan wanita Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-37.

Untuk kategori tilawah, johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-59 iaitu Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan Nor Azrah Ayob akan mewakili Malaysia.

Johan qari dan qariah kategori tilawah bakal membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000 tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), piala iringan dan wang tunai RM40,000 manakala bagi kategori hafazan, johan hafiz dan hafizah bakal menerima kepingan emas bernilai RM20,000 tajaan Yapeim, piala iringan dan wang tunai RM20,000.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha. – BERNAMA

Tags: fitnahJamil Khir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd