• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencerobohan Hutan Simpan Punca Empangan Bukit Merah Terjejas

oleh Ahmad Albab
01/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Pencerobohan kawasan hutan simpan seluas kira-kira 500 hektar di sekitar kolam takungan Bukit Merah dipercayai menjadi satu daripada punca takungan air di Empangan Bukit Merah terjejas.

Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali berkata pencerobohan kawasan terutama di Kampung Selamat serta Hutan Simpan Pondok Tanjung itu dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu dan digunakan untuk kegiatan pertanian.

“Fungsi zon penampan ini untuk menyimpan air pada musim kemarau dan apabila Empangan Bukit Merah menyusut, air dari sini akan mengalir ke dalam kolam takungan.

“Pencerobohan menyebabkan ekosistem, pemendapan di dasar tasik menjadi cetek dan apabila hujan lebat ia menyebabkan banjir kerana pokok yang menjadi penampan air telah ditebang,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan pencerobohan bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) di sini.

Empangan Bukit Merah menjadi sumber air tanaman sawah padi seluas 22,000 hektar di daerah Kerian dan membekal air minuman kepada lebih 200,000 penduduk termasuk keperluan industri di Kamunting, Taiping.

Menurut Noor Azmi yang juga Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Bagan Serai, langkah pembenihan awan dan menaik taraf kolam Bukit Merah hanya sia-sia jika pencerobohan itu tidak diatasi.

“Saya telah mohon kepada kerajaan untuk menjadikan kawasan hutan simpan ini sebagai tapak ramsar untuk pemulihan alam sekitar sekaligus mengekalkannya sebagai kawasan tadahan,” katanya.

Sementara itu, Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia Meor Razak Meor Rahman berkata terdapat beberapa tempat di Pondok Tanjung dan Kampung Selamat di sini yang sebelum ini menjadi punca bekalan air ke kolam Bukit Merah, telah diceroboh.

“Kebanyakan kawasan yang diteroka ialah rizab tasik Bukit Merah yang menjadi zon penampan simpanan air,” katanya.

Beliau menarik perhatian apabila berkata pihaknya mendapati kira-kira 1,400 hektar hutan simpan Pondok Tanjung telah dinyahwartakan untuk ternakan kambing Boer. – BERNAMA

Tags: hutanPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd