• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Pemaju Usahakan Projek Perumahan Terbengkalai

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah membuka peluang kepada pemaju untuk mengusahakan 1,922 unit rumah dalam projek perumahan yang terbengkalai sejak tujuh tahun lalu di bawah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome).

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan negeri bersetuju memberikan tapak projek perumahan tersebut, kepada pemaju untuk membina MyHome 1 dan MyHome 2, dan perbincangan boleh dibuat dengan Bahagian Perumahan dan majlis daerah di kawasan terbabit.

“MyHome mempunyai kelebihan kerana skim itu menawarkan insentif RM30,000 sebagai bayaran pendahuluan dan pembeli boleh membeli MyHome 1 dengan kos RM90,000 manakala sebanyak RM190,000 bagi MyHome 2,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ekspo Hartanah dan Perumahan Malaysia (Mapex) 2016 di sini hari ini.

Justeru beliau berharap pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik serta mengambil kira aspek kemampuan rakyat Kedah untuk membeli rumah sebelum menjalankan sesebuah projek perumahan.

“Selain itu, pemaju juga disarankan untuk membina bangunan bertingkat seperti pangsapuri untuk memaksimumkan penggunaan tanah kerana tanah di Kedah semakin terhad.

Apabila banyak bangunan bertingkat dibina, mungkin harga seunit rumah dapat dikurangkan dan ini dapat membantu rakyat Kedah memiliki kediaman sendiri,”
katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula dasar yang melibatkan pembangunan hartanah termasuk mengkaji untuk mengurangkan atau menghapuskan caj pemajuan sedia ada.

“Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Kedah/Perlis telah memohon supaya mengurangkan kadar caj pemajuan semasa sebanyak 10 peratus yang dikenakan ketika ini kerana jumlah nilai produk hartanah yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding dahulu.

“Pada 2014 nilai produk yang ditawarkan dalam Mapex Kedah adalah sebanyak RM2.3 billion, 2015 pula sebanyak RM1.8 billion dan pada tahun ini, ia menurun kepada RM1.2 billion,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Rehda Kedah/Perlis Datuk Rick Cheng Wooi Seong berharap kerajaan negeri dapat memberi perhatian terhadap dasar perumahan di negeri ini bagi memastikan industri hartanah dan perumahan terus berkembang di samping dapat menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat.

“Industri pembangunan di Kedah dilihat dalam keadaan uzur yang disebabkan beberapa faktor termasuk caj pemajuan, jadi kita minta kerajaan negeri untuk mempertimbangkan permintaan pemaju kerana industri pembangunan hartanah di Kedah merupakan antara penyumbang kepada ekonomi negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipahpemaju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemaju Akan Naik Harga Untuk Tarik Warga Asing

12/10/2019
0

PETALING JAYA - Kumpulan mewakili pembeli rumah hari ini memberi amaran kemungkinan pemaju menaikkan harga bagi menarik pembeli asing susulan...

Pemaju Jual Rumah Besar-Besaran Kepada Warga Hong Kong

22/08/2019
0

PETALING JAYA - Semakin ramai pembeli hartanah yang kaya dari Hong Kong melihat Malaysia sebagai destinasi rumah kedua mereka sewaktu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd