• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Wanita PRN-11, Pengiktirafan Dalam Politik

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pemilihan lebih banyak calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) membuktikan kaum Hawa itu mendapat pengiktirafan dalam arena politik negara.

Calon Barisan Nasional (BN), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata peningkatkan jumlah itu telah membuka peluang kepada potensi kaum itu bersama-sama memberi sumbangan kepada pembangunan parti, masyarakat dan negeri.

Calon pilihan PBB bagi kerusi Samariang itu berkata kaum wanita perlu diberi lebih banyak peluang dan ruang dalam parti politik bagi mengembangkan potensi mereka sebagai pemimpin.

Kaum wanita dalam parti politik memainkan peranan besar dan selalu taat kepada kepimpinan parti, katanya, yang juga anggota Majlis Tertinggi PBB, kepada Bernama di sini hari Khamis.

Pada PRN-11 pada 7 Mei ini menyaksikan sejumlah 22 calon wanita daripada 204 calon lelaki bertanding berbanding 16 calon wanita pada pilihan raya negeri lepas pada 2011.

Mengenai pertandingan tiga penjuru bagi kerusi kawasan itu, Sharifah Hasidah berkata soal gender bukan satu halangan untuk sekali lagi mempertahankan kerusi BN itu.

Beliau akan dicabar oleh seorang lagi calon wanita, Nani Sahari daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan wakil PAS, Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi.

“Saya anggap tidak ada cabaran…sebab saya sentiasa turun padang dan memberi khidmat kepada masyarakat. Pesaing saya sama ada lelaki atau wanita…itu perkara kedua.

“Malah saya bersyukur kerana ada juga wanita daripada parti lain turut mendapat peluang menjadi calon,” katanya.

Pada pilihan raya lepas 2011, Sharifah Hasidah mengekalkan kerusi itu buat penggal kedua dengan majoriti 5,431 undi, mengalahkan calon PKR, Zulrusdi Mohamad Hol dalam pertandingan satu lawan satu. – BERNAMA

Tags: PRN SarawakWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd