• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADC 2 Tonjol Mainan Emosi Mendalam Buat Cinta

oleh AK-47
28/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH 14 tahun berlalu, filem sequel Ada Apa Dengan Cinta, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) akhirnya bakal menjawab pengakhiran kepada hubungan Cinta dan Rangga yang sebelum ini tergantung di babak akhir naskhah filem pertama terbabit.

Menerusi karya kali ini, AADC2 banyak memperlihatkan sisi mainan emosi Cinta lakonan Dian Sastrowardoyo selepas ditinggalkan tanpa khabar berita oleh sang jejaka.

Lebih sedekad berlalu, rakan baik Cinta iaitu Karmen, Maura dan Milly melalui transformasi status apabila kesemuanya sudah memegang status isteri manakala Cinta sudah pun mengikat pertunangan dengan Trian.

aadc2

Bagi meraikan persahabatan mereka, keempat-empatnya meluangkan masa bercuti di Yogjakarta dan disitulah plot mula berkembang apabila Rangga yang kini menetap di New York, Amerika Syarikat kembali ke kampung halaman untuk bertemu ibunya yang sekian lama ‘didendami’.

Di Yogjakarta, Dian bertemu Rangga selepas hasil perbincangan bersama BFF-nya yang menyatakan dia perlu bertemu dengan bekas teman lelakinya itu bagi membuat ‘perhitungan terakhir’ selepas sembilan tahun ditinggalkan Rangga tanpa sebarang khabar berita.

aadc3

Seperti biasa, berlaku babak pergaduhan di antara kedua pemeran utama ini selepas sekian lama Cinta memendam perasaan selepas ‘digantung tak bertali’ oleh Rangga.

Selepas seharian menghabiskan masa bersama dengan melawat tempat-tempat menarik sekitar Yogjakarta, Cinta semakin keliru dengan perasaannya sama ada sudah melupakan Rangga ataupun tidak.

aadc1

Sedangkan pertemuan yang dibuat adalah semata-mata untuk mendapatkan perdamaian sebelum Cinta melangsungkan pernikahannya dengan Trian.

Cinta yang masih ragu-ragu dengan kata hatinya kemudiannya meninggalkan satu kucupan spontan buat Rangga dalam ‘pertemuan terakhir’ mereka.

Kembalinya dari percutian, Cinta cuba berterus-terang dengan tunangnya mengenai pertemuan dengan Rangga sehingga akhirnya mencetuskan konflik di antara mereka.

Di pengakhiran cerita, siapakah di antara dua jejaka ini, Trian dan Rangga yang berjaya memenangi hati Cinta?

Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Cinta 2 arahan Riri Riza yang bakal ditayangkan bermula esok serentak di tiga negara Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Mengekalkan kesemua pelakon utamanya, filem ini dibintangi Dian Sastrowardoyo sebagai Cinta, Nicolas Saputra (Rangga), Adinia Wirasti (Karmen), Titi Kamal (Maura) dan Milly (Sissy Prescilia).

Suami Titi Kamal, pelakon sinetron popular, Christian Sugiono turut membuat kemunculan dalam filem ini sebagai suami kepada Maura lakonan Titi.

Melly Goeslaw dan suami, Anto Hoed sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pencipta lagu runut bunyi (OST) filem ini. – MYNEWSHUB.CC

aadc4

aadcc
Dari kiri, Riri Riza, Mira Lesmana, Titi Kamal, Dian Sastrowardoyo, Nicolas Saputra, Sissy Prescilia, Adinia Wirasti, Melly Goeslaw dan Anto Hoed.

Tags: FILEMIndonesiamyArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd