• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Orang Asli Sambut Baik MSAM 2016

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – “Penganjuran MSAM 2016 memberi peluang kepada masyarakat Orang Asli membuka akaun pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB),” kata Sima Yaopel.

Suri rumah berumur 25 tahun itu berkata anggota keluarganya yang sebelum ini tidak mempunyai akaun pelaburan, kini berpeluang membuka akaun dengan ASB pada program itu.

“Saya amat gembira kerana sebelum ini hanya saya seorang memiliki akaun ASB tetapi sekarang ahli keluarga saya dapat melabur bersama-sama,” katanya ketika ditemui Bernama di ruang pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 di sini, semalam.

Mek Zuliah Angah, 21, yang bekerja sebagai pembantu kedai di Bidor berharap tempoh penganjuran MSAM dapat dilanjutkan pada masa akan datang.

“Bagi saya, tempoh selama sembilan hari tidak mencukupi kerana kami tinggal di kawasan pedalaman dan tempoh masa berada di MSAM tidak mencukupi,” katanya.

Sambutan MSAM 2016, kali pertama diadakan di Stadium Tun Ahmad Sarji di sini mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk di sekitar daerah Batang Padang termasuk masyarakat pribumi itu.

MSAM 2016 yang berlangsung sejak Rabu lalu dibuka kepada orang ramai mulai 10 pagi hingga 10 malam kecuali Khamis ini yang tamat pada 2 petang.

Program tahunan anjuran Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu merupakan program pendidikan pelaburan bertemakan ‘Pelaburan 360 PNB’ dan sejak dianjurkan pada 2000, MSAM telah menarik lebih tiga juta pengunjung. – BERNAMA

Tags: MSAMOrang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd