• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Harap Pembelian FC Bari Bawa Impak Bola Sepak Negara

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Impak positif kepada pembangunan bola sepak negara melalui pembelian kelab Itali, FC Bari 1908, oleh hartawan dari Malaysia, Datuk Dr Noordin Ahmad, mungkin akan dirasai pada masa hadapan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan majlis pra pelancaran Hari Belia Negara 2016 di sini hari ini, Khairy berkata beliau percaya wujud kesan positif di sebalik pembelian itu namun perlu dilihat dalam jangka masa panjang.

“Saya rasa mungkin ia boleh menyumbang tetapi buat masa ini mungkin tidak nampak sangat apakah sumbangan pembelian tersebut kepada pembangunan bola sepak negara,” katanya mengulas tanggapan bahawa pembelian kelab tersebut hanya bermotifkan keuntungan, dan tidak membantu dalam memajukan bola sepak negara.

Khairy berkata kelab yang dimiliki rakyat Malaysia itu selepas ini mungkin boleh menjalinkan kerjasama secara formal dengan kelab bola sepak tempatan dalam bentuk pembangunan jurulatih atau penghantaran pemain untuk berlatih di sana.

Noordin menjadi pemegang saham majoriti FC Bari 1908 selepas membeli 50 peratus saham dengan nilai 12 juta euro (RM52.59 juta) daripada Presiden FC Bari 1908, Gianluca Paparesta.

Menurut laporan media sebelum ini, Noordin sejurus memeterai perjanjian pembelian saham kelab itu menyatakan hasrat membantu pembangunan bola sepak negara dengan membina akademi bola sepak FC Bari 1908 di Malaysia, seterusnya memberi peluang kepada bakat muda tempatan menjadi pemain profesional.

Ditanya sama ada pembelian itu bakal memberi impak berbeza berbanding pembelian kelab England, Queens Park Rangers (QPR) dan Cardiff City oleh Tan Sri Tony Fernandes serta Tan Sri Vincent Tan sebelum ini, Khairy berkata pembelian dua kelab itu tetap ada sumbangannya kepada pembangunan bola sepak negara.

“Kita tak boleh kata pembelian kelab luar negara sebelum ini tidak memberi kesan kerana mereka juga menyumbang sesuatu, contohnya Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) mendapat penajaan yang besar daripada QPR,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd