• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Ali Anggap Program Sentuh Anjing, Isu Kecil

oleh AK-47
22/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, banyak tokoh agama tampil membantah penganjuran program “Saya Mahu Sentuh Anjing” yang diadakan di Central Park, pusat beli-belah One Utama, semalam.

Bagaimanapun, perkara ini dianggap remeh oleh Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang belum pun cukup 100 hari dilantik memegang jawatan tersebut.

Azmin dilaporkan enggan mengulas lanjut isu ini ketika ditanya wartawan sebagaimana dilaporkan portal Agenda Daily namun mengeluarkan kenyataan, “Kita cerita isu besarlah, ok?” secara ringkas selepas diajukan soalan berkaitan.

10712876_10152423635403587_7492908850600069706_n

[BACA – Ustaz Kazim : Mula-Mula Kempen Pegang Anjing… Pastu?]

Sebelum ini, pesta minum arak yang diadakan di Selangor anjuran Carlsberg iaitu Octoberfest telah mencetuskan kekecohan terutama dalam kalangan pengguna internet.

Namun belum pun reda isu tersebut, kini program mengajak orang Islam menyentuh anjing yang dikategorikan sebagai najis berat dalam Islam pula memanaskan keadaan.

Hari ini, beberapa pendakwah mengecam program ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ dianjurkan Syed Azmi Alhabshi yang didakwa atas inisiatif komuniti Muslim di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) semalam.

Penceramah terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias berkata program itu boleh diumpamakan jarum yang cukup halus dicucuk kepada umat Islam agar dipengaruhi fahaman liberal.

“Inilah jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam agar menjadi fahaman liberal dan plural. Nanti ada yang kata kenapa ustaz bising isu anjing dan kenapa tidak bising isu memegang bukan mahram yang tidak bertudung.

“Isu tersebut sudah pun saya tegur, tetapi dalam isu kempen anjing ini, ia satu gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya,” katanya di dalam laman Facebook.

Bagaimanapun, bagi Azmin yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), rupa-rupanya isu berkaitan anjing ini bukan satu isu besar yang mampu menggugat fahaman umat Islam di negeri bawah pentadbirannya. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: anjingAzmin AliKrisis MB Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd