• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Penamaan Calon Berjalan Lancar – Pengerusi SPR

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) di kesemua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan lancar pada Isnin.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya tidak mendapati sebarang gangguan semasa proses itu, terutama dari aspek keselamatan dan ketenteraman awam di pusat-pusat penamaan calon.

“Sekarang, kita masih menunggu keputusan-keputusan tertentu berkaitan pilihan raya,” katanya semasa ditemuramah secara langsung oleh RTM di pejabat SPR negeri, di sini.

Beliau berkata pejabat SPR di sini, dijangka mendapat semua maklumat mengenai proses penamaan calon pada 1 tengah hari ini.

“Kalau ada berita-berita tertentu berkenaan pilihan raya, semua adalah dari perkhabaran pihak lain bukan SPR lagi,” katanya yang akan mengadakan sidang media selepas mendapat semua maklumat tersebut.

Proses penamaan calon berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi di 82 pusat penamaan calon, terdiri daripada pejabat-pejabat kerajaan, dewan orang ramai, sekolah, maktab perguruan, perpustakaan, rumah rehat kerajaan serta stadium tertutup.

Pilihan raya negeri kali ini turut menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri ini.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.

Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April lepas. – BERNAMA

Tags: PRN SarawakSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd