• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain JDT Kurang Oksigen?

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Sedangkan Barcelona pun tidak bermain 10 perlawanan dalam satu bulan”

Itu reaksi Pengurus merangkap Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak JDT, Mario Gomez mengenai prestasi hambar anak buahnya di Stadium Darul Aman malam tadi.

Beliau memberi alasan pemain JDT kepenatan punca pasukan yang memenangi Piala AFC itu nyaris ditewaskan sekali lagi oleh pasukan Kedah.

“Pasukan lain di Malaysia hanya bermain lima atau enam permainan dalam sebulan, manakala kami harus bermain sembilan atau 10.

“Itu adalah terlalu banyak untuk mana-mana pasukan dalam dunia ini. Sekarang kami dapat berehat untuk satu hari dan esok pula kami perlu berada di Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JDT semalam hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Kedah malam tadi selepas ditewaskan pasukan itu 2-1 baru-baru ini.

Gomez seterusnya menerangkan, pemain adalah manusia, bukan mesin dan sains telah membuktikan bahawa apabila seorang manusia letih dan kurang oksigen dalam otak mereka.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan manusia tidak dapat berfikir atau mempamerkan prestasi yang baik berbanding ketika mereka segar dan berehat sepenuhnya.

“Anda boleh melihat dalam liga tempatan, di mana kita (JDT) adalah satu-satunya kelab di negara ini yang bersaing dalam 3 kejohanan dan bermain setiap 3 hari.

“Kita cuma perlu bersabar dan meneruskannya satu persatu,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd