• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Malaysiakini Cabut Lari, Padah Terlebih Spin

oleh
24/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
14
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Khabarnya seorang wartawan sensasi portal propembangkang terkenal, Malaysiakini menyiarkan laporan yang bukan sahaja mengelirukan malah sehingga mencetuskan kemarahan ramai rakyat Sarawak sendiri.

Menurut sumber, bagi menutup aib dan mengelakkan kejadian seumpama itu berulang, pihak editorial portal itu dikatakan telah mengarahkan wartawannya, Kow Gah Chie untuk segera keluar dari Sarawak pada petang Sabtu.

Laporan berita tersebut berkemungkinan boleh membangkitkan sentimen keagamaan di negeri bumi kenyalang sementalah ia cukup sensitif disiarkan menjelang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 bermula pada Isnin.

“Saya dimaklumkan Gah Chie telah pulang petang tadi (23 April) selepas diarah segera balik ke Kuala Lumpur. Berita fitnah itu menyebabkan rakyat Sarawak marah malah beberapa laporan dibuat ke atasnya,” kata sumber.

Wartawan terbabit dikatakan menaiki penerbangan pulang dengan pesawat syarikat Air Asia jam 6 petang Sabtu. Sehingga kini sekurang-kurangnya dua laporan polis telah dibuat ke atas wartawan kontroversi berkenaan.

Wartawan itu sebelum ini menulis berita bertajuk ‘Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak’ yang dipetik di luar konteks ucapan ADUN Nangka, Dr. Annuar Rapa’ee menyebabkan timbulnya kekeliruan umum.

Malaysiakini-Penipu
Malaysiakini

Wakil rakyat Barisan Nasional tersebut menafikan ada berucap demikian dan menyifatkan laporan berkenaan sebagai putar belit serta fitnah dengan tujuan menimbulkan sentimen keagamaan dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Saya tidak pernah sebut itu. Semuanya fitnah dan putar belit wartawan Malaysiakini itu. Saya hanya berkata, undi BN untuk kekalkan Adenan Satem,” tegas Dr. Annuar yang dipetik daripada laporan portal SarawakVoice.

Katanya, tindakan wartawan portal itu, Gah Chie mempunyai berniat jahat dan amat tidak bertanggungjawab. “Dia (Gah Chie) harus faham bahawa di Sarawak, sentimen agama dan perkauman memang tidak mendapat tempat.”

Difahamkan, wartawan popular berkenaan memang mahir memutar belit sesuatu berita di luar daripada konteks sebenar namun kali ini, percubaannya membuat spin secara keterlaluan nyata berjaya memakan diri sendiri pula.

“Kerana itu kita amat menyokong tindakan berani calon BN untuk Dudong, Datuk Tiong Thai King yang langsung tidak melayan wartawan dari Semenanjung itu pada petang Sabtu,” kata beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKMalaysiakiniPRNsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

PKR Johor Nafi Bertanding Solo PRN

18/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menafikan parti itu akan bertanding secara...

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu  Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan cadangan mengisytiharkan darurat supaya Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd