• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Cahaya Misteri ‘Meraba Makanan’ Berjaya Dirakam?

oleh AK-47
21/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG penguasaha restoran tempatan terkejut besar apabila mendapati satu objek ‘misteri’ yang bercahaya, muncul dalam rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya.

Rakaman berkenaan menjadi viral setelah dikongsikan seorang netizen yang mendakwa mungkin objek misteri tersebut merupakan sejenis santau yang dihantar ke gerai rakannya itu.

“Perhatikan di atas meja tu, kejadian berlaku pagi tadi, di restoran member… mungkin hasad dengki manusia tak boleh tengok orang lain senang berniaga… mula berkwan dengan syaitan,” tulis pemuat naik.


Objek Cahaya Misteri Makan Makanan Di Gerai? oleh mynewshub

Cahaya misteri yang dirakam dalam video bertarikh 21 April itu menunjukkan ia sedang meraba-raba, memanjat, dan seakan-akan cuba memakan tinggalan makanan di atas meja tersebut.

Pengguna sosial media rata-ratanya menyifatkan entiti bercahaya itu sebagai ‘makhluk’ jahat yang dihantar oleh seorang bagi melakukan perkara khianat.

Bak kata seorang pengguna facebook, Affiq Ardhi Apit:

“Nak habaq tak kena… tak nampak dengan jelas… dia punya cahaya bagi tak nampak. Hmm… Dengki manusia ni nohh?” tulisnya.

Manakala, Zarul Bakri juga turut merasakan hal yang sama:

“Seram gak tengok macam tu, siot la asyik ada hasad dengki tu, tak baik boh orang macam ni” katanya.

Bagaimanapun, jangan mudah membuat spekulasi, setelah meneliti rakaman berkali-kali, apa yang boleh kami katakan ialah objek bercahaya itu mungkin sebenarnya adalah serangga yang hinggap di cermin kamera.

Efek cahaya yang mencanak-canak mungkin terhasil disebabkan pencahayaan secara pantulan daripada abdomen serangga dan kamera ‘usang’ digunakan juga mungkin antara faktor kesan cahaya tidak sekata sewaktu dirakam.

Ini mungkin pendapat kami sahaja namun apa-apa pun, tidak dinafikan makhluk halus sememangnya wujud malah ia adalah satu realiti yang wajib diyakini oleh umat Islam.- MYNEWSHUB.CC

Tags: CCTVMisteriSeram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

19/08/2025
0

KOTA KINABALU: Misteri penemuan sebuah bot pemancing yang ditemui hanyut di Stesen PAPA, kira-kira 273 kilometer dari ibu negeri ini,...

Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan

Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan

29/10/2024
0

KOTA BHARU: Bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh, Perak sehingga kini masih dikategori sebagai misteri, kata Timbalan Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd