• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) tidak mungkin dapat meliputi keseluruhan kawasan sekolah di negara ini ketika jumlah sekolah rendah dan menengah mencecah 10,259 buah dengan 5,133,158 murid dan 428,379 guru.

Beliau berkata, meskipun CCTV telah dipasang sebagai antara langkah meningkatkan tahap keselamatan, kejadian masih boleh berlaku di lokasi yang tidak berada dalam liputan kamera.

“CCTV dipasang, tetapi dalam kes terakhir CCTV dipasang, tak mungkin dipasang sampai keseluruhan sekolah. Jadi kejadian berlaku di tempat tidak dapat dirakam oleh CCTV.

“Kita sebenarnya bicara mengenai sekolah yang begitu banyak dan bilangan sekolah rendah dan menengah, mencecah ribuan, tengok angka,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, cabaran menjaga keselamatan murid perlu dilihat berdasarkan skala keseluruhan sistem pendidikan negara dan langkah yang munasabah dan tindakan harus diambil untuk meningkatkan kesedaran guru serta pelajar.

Menurut beliau, isu keselamatan di sekolah amat membimbangkan kerana melibatkan keselamatan dan nyawa pelajar sambil menyebut kes berlaku di Johor, Sabah, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.

Katanya, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan selain melaksanakan beberapa langkah termasuk pemantauan asrama, audit keselamatan, meningkatkan kapasiti penyeliaan murid, kaunseling serta inisiatif berkaitan kesejahteraan mental.

Bagaimanapun, Anwar mengakui langkah yang dilaksanakan ketika ini masih belum mencukupi bagi menangani cabaran keselamatan di sekolah.

“Apakah mencukupi? Saya fikir belum,” katanya sambil menegaskan langkah tambahan perlu terus dikenal pasti dan dilaksanakan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memuji tindakan tegas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes terbaharu apabila beberapa individu telah ditangkap, manakala keputusan berhubung pendakwaan kini menunggu tindakan Jabatan Peguam Negara. – MYNEWSHUB

Tags: anwarCCTVDipasang Sampai KeseluruhanPMXSekolahTak MungkinTengok Angka Sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekarang Kalau Kena Jentik Sedikit Disaman’ – PMX Anwar

‘Sekarang Kalau Kena Jentik Sedikit Disaman’ – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap segelintir ibu bapa yang didakwa hampir tidak mengambil tahu...

PMX Anwar Mohon Maaf, Akui Belum Lihat Kertas Reformasi Pendidikan Pembangkang

PMX Anwar Mohon Maaf, Akui Belum Lihat Kertas Reformasi Pendidikan Pembangkang

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf dan mengakui beliau belum melihat kertas Reformasi Pendidikan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd