• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gua Komunis Di Baling Bakal Diwartakan

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Gua Komunis yang terletak di daerah ini akan diwartakan sebagai tapak pelancongan berdasarkan kepentingan sejarahnya semasa zaman darurat.

Pegawai Daerah Baling, Datuk Dzohir Md Zain berkata dengan pewartaan itu nanti diharapkan gua yang menjadi tempat perlindungan dan markas pasukan komunis ketika itu akan terus terpelihara.
“Penemuan gua ini yang merupakan kawasan strategik pengganas komunis untuk berlindung semasa era komunis di Baling.

Gua Komunis ini sememangnya mempunyai kepentingan sejarah Malaysia, jadi sangat wajar ia diwartakan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini sudah selesai melakukan proses reka bentuk jalan atau laluan masuk untuk memudahkan lagi pelancong yang akan berkunjung ke Gua Komunis itu.

Katanya MDB berhasrat membuka laluan masuk Gua Komunis ini kepada orang awam untuk pelancongan sebagai tarikan terbaharu selain ekspedisi mendaki Gunung Baling.

“Oleh itu, kita sangat mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada pihak Kerajaan Persekutuan dalam usaha melindungi dan memulihara gua ini seperti tapak warisan bersejarah pada masa akan datang,” katanya.

Gua Komunis yang terletak di Kampung Weng itu mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan dari pekan Baling, merupakan bilik gerakan komunis terbesar ketika itu yang terletak kira-kira dua kilometer dari sempadan Thailand.

“Beberapa bangkai pesawat helikopter dan kapal terbang yang terdapat berdekatan gua itu perlu dikaji asal usulnya agar dapat disahkan sama ada ia dimiliki oleh pihak komunis atau tidak,” katanya yang menambah terdapat tulisan berbahasa Cina di dalam gua itu. – BERNAMA

Tags: Gua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gua Naga Mas Ditutup Sementara Untuk Kerja Penyelidikan Fosil

08/10/2018
0

GOPENG - Gua Naga Mas di sini akan ditutup sementara mulai esok untuk kemudahan menjalankan kerja-kerja penyelidikan rangka fosil vertebrata...

6 Remaja Terkandas Dalam Gua

24/08/2018
0

GUA MUSANG - Sekumpulan enam remaja terkandas selama tiga jam di puncak gua batu kapur di hadapan Stesen Kereta Api,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd