Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

“Lelaki Dakwa Dipukul Pernah...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal...

Artis Ditahan Ikut Ajaran...

SEDIH bercampur kecewa apabila mendengar perkhabaran seorang pelakon dan penyanyi  berusia 40-an bersama...

Henti Budaya ‘Minum Kopi’...

CYBERJAYA - Pegawai awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pemberian...

Selangor Perkenal Jersi Ketiga...

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini memperkenalkan jersi ketiga...

6 Remaja Terkandas Dalam Gua

GUA MUSANG – Sekumpulan enam remaja terkandas selama tiga jam di puncak gua batu kapur di hadapan Stesen Kereta Api, di sini, malam tadi.

Kesemua mereka yang berusia 19 tahun itu, pada awalnya mendaki gua batu kapur itu kira-kira jam 9 malam dan membuat keputusan untuk patah balik akibat cuaca gelap.

Bagaimanapun mereka tersesat dan gagal menuruni puncak itu mendorong salah seorang dari mereka menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang kira-kira jam 10 malam.

Komandan Operasi Penyelamat, Mohd Zawawi Yusoff berkata, sejurus menerima panggilan itu lapan anggota bomba bergegas ke lokasi dan mendaki gua batu kapur itu untuk menyelamatkan remaja itu.

“Tiba di lokasi, pasukan menyelamat menemui mereka berkumpul di puncak gua itu.

Katanya, beliau dimaklumkan mereka yang berasal dari Kampung Lembaga hanya suka-suka mendaki gua itu waktu malam.


“Pasukan mengambil masa hampir tiga jam untuk membawa mereka turun. Operasi itu tamat kira-kira jam 1 pagi,” katanya.

Beliau berkata, turut membantu operasi menyelamat enam remaja lelaki itu anggota Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Mohd Zawawi berkata, keenam remaja terbabit kemudian diserahkan pihak polis untuk tindakan seterusnya. – BH Online

Kategori