• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 200,000 Wanita Jalani Ujian Mamogram LPPKN Sejak 2007

oleh Ahmad Albab
19/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 192,365 wanita menjalani pemeriksaan saringan kanser payu dara menerusi Program Subsidi Ujian Mamogram sejak pelancarannya pada 2007, kata Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tan Sri Napsiah Omar.

Daripada jumlah itu, hasil saringan seramai 176,843 wanita didapati normal manakala 15,522 lagi dikategorikan di bawah penyiasatan lanjut yang memerlukan pemeriksaan susulan.

“Sementara 204 kes lain pula disahkan positif kanser payu dara dan telah menjalani pembedahan dan rawatan lanjut,” katanya semasa berucap merasmikan kempen kesedaran kanser payu dara ‘Kiss Goodbye to Breast Cancer 2014’ (KGBC 2014) di sini, hari ini.

Napsiah berkata ujian mamogram yang dikendali LPPKN merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan wanita selain meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pengesanan awal penyakit itu.

Beliau turut menggesa golongan sasar untuk menjalani pemeriksaan saringan khususnya bagi mereka yang mempunyai latar belakang keluarga menghidap kanser payu dara.

Mengenai kempen berkenaan, Napsiah berkata ia merupakan kerjasama kali kedua antara LPPKN dan Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd.

Melalui siri jelajah KGBC 2014 , LPPKN turut menyediakan enam unit klinik bergerak yang menawarkan khidmat termasuk pemeriksaan klinikal payu dara, kaunseling dan suntikan vaksin Human Papillomavirus (HPV) untuk remaja wanita. – BERNAMA

Tags: Wanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd