SEBELUM ini, pelakon Elfira Loy yang pernah dikaitkan dengan pelakon dari negara seberang, Baim Wong kini dikaitkan pula dengan Randy Pangalila.
Elfira dan Randy pernah berlakon bersama dalam drama arahan Michael Ang dan peminat dikatakan terkesan dengan gandingan tersebut sehingga mahu melihat mereka bersama.
Menurut Randy bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia juga dia pernah disoal berkenaan hubungannya bersama Elfira ketika menjadi tetamu bagi program bual bicara Rumpi No Secret pada Disember lalu.
“Bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia juga saya disoal apakah saya mempunyai hubungan dengan Elfira dan apakah benar saya menjalin cinta lokasi bersamanya?”

“Saya tidak tahu apa yang perlu dijawab kerana antara kami tiada hubungan istimewa. Elfira merupakan antara teman artis Malaysia yang paling akrab dengan saya dan saya menyenanginya. Saya juga sedar ramai yang mendoakan serta berharap kami akan bercinta di alam realiti,” katanya.
Menafikan kemungkinan bercinta dengan Elfira, Randy juga mengakui bakal berkahwin dengan kekasihnya Michella dalan tempoh dua tahun lagi setelah 5 tahun menjalin hubungan bersama.
Randy memberitahu dia juga rindu untuk berlakon bersama Elfira kerana pelakon berbadan kecil itu sangat membantu dan mempunyai bakat yang tersendiri. – MYNEWSHUB.CC

