• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakyat Malaysia Hilang Ketika Mandi Di Air Terjun Di Flores

oleh Ahmad Albab
17/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Percutian lima warga Malaysia di kawasan air terjun Cunca Wulang, daerah Mebeliling di wilayah Flores, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka hilang selepas terjun ke dalam kolam air itu.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama berkata, dua mangsa yang hilang itu dikenali sebagai Mohamad Azfar Tahir, 23, dari Kuala Lumpur dan Mohammad Ezzaq Azumi, 23, berasal dari Kelantan.

Mereka dipercayai datang ke Flores untuk bercuti.

Dalam kejadian 10.30 pagi Sabtu itu, kedua-dua mangsa dikatakan hilang setelah terjun ke dalam kolam air terjun itu sebaik tiba di kawasan berkenaan.

Setelah melihat kejadian, seorang rakyat tempatan yang dipercayai pemandu pelancong, Wenseslaus Hendro Akung, 39, cuba menyelamatkan mereka tetapi beliau juga dilaporkan hilang sebaik terjun ke dalam kolam untuk membantu mangsa.

Tiga lagi rakan mangsa dari Malaysia yang melihat kejadian itu kemudian meminta bantuan orang awam dan menghubungi polis.

Zahrain berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa tempatan dimulakan sejak pukul 3 petang dan terpaksa diberhentikan pada pukul 5 petang Sabtu setelah cuaca gelap.

“Saya dimaklumkan kerja-kerja mencari dan menyelamat akan bersambung semula pagi Ahad,” katanya. – BERNAMA

Tags: Indonesiakes hilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd