• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Madu Kelulut Berpotensi Besar Dimajukan Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
16/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANOWIT – Industri pengeluaran madu lebah kelulut di Sarawak berpotensi besar untuk dimajukan berikutan negeri ini masih lagi kaya dengan khazanah alamnya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kawasan hutan tropika Sarawak banyak didiami spesies lebah kelulut terbaik yang tidak lagi terdapat di negara-negara hutan tropika lain di dunia.

“Lebah kelulut itu boleh menghasilkan madu yang mempunyai dua hingga empat kali ganda nilai anti oksidan yang baik untuk tubuh badan manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran ladang ternakan lebah kelulut milik RH Bee Farms Sdn Bhd milik Kumpulan Rimbunan Hijau di Nanga Dap dekat sini.

Turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Rimbunan Hijau Tan Sri Tiong Hiew King.

Ahmad Shabery berkata, RH Bee Farms Sdn Bhd kini mempunyai lebih 4,000 koloni ternakan lebah kelulut.

Ternakan lebah kelulut di seluruh negara pada masa ini katanya, sudah mencecah 50,000 hingga 60,000 koloni.

“Selain itu banyak lagi kawasan di Sarawak yang boleh dimajukan bagi industri ternakan lebah kelulut kerana negeri ini mempunyai kekayaan alam semulajadinya yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi industri ini,” katanya.

Beliau berkata, sumber-sumber kayu untuk membuat sarang-sarang ternakan lebah kelulut di negeri ini masih lagi banyak dan harganya pula jauh lebih murah berbanding di Semenanjung.

Menurutnya, harga kayu untuk dijadikan sarang ternakan lebah kelulut di Sarawak adalah antara RM100 hingga RM200 sebatang berbanding RM1,000 sebatang di Semenanjung.

Sementara itu beliau berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kumupulan Rimbunan Hijau dan pengusaha-pengusaha industri ternakan lebah kelulut untuk mempromosikan penggunaan madu lebah kelulut dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara aktiviti promosi yang akan diadakan ialah Kelulut Walk 2016 yang akan melibatkan duta penggunaan dan pengamal tegar madu lebah kelulut iaitu Pok Sabri Ali dari Terengganu.

Ahmad Shabery berkata, Pok Sabri akan melakukan misi berjalan kaki secara solo ke seluruh negara termasuk Sarawak yang melibatkan jarak 2,000 kilometer dengan tempoh perjalanan selama 50 hari.

“Misi ini akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records bagi tahun ini. Kita harap Pok Sabri akan dapat menamatkan misi ini dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata, misi itu juga bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan AgroPelancongan Antarabangsa (MAHA) 2016 yang akan bermula pada 8 Okt dan berakhir pada 26 Nov di tapak Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan program jualan daging babi secara besar-besaran akan diteruskan walaupun terdapat bantahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd