• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awang Adek Berhasrat Kembali Aktif Dalam Politik

oleh Ahmad Albab
16/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Dr. Awang Adek Hussin melahirkan hasrat untuk kembali aktif dalam politik.

Beliau berkata beliau bertekad meneruskan perjuangannya selagi mendapat sokongan rakyat di peringkat akar umbi terutama di bahagian Bachok.

“Saya akan kembali menemui rakyat di peringkat akar umbi dan memberi perkhidmatan kepada mereka,” katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Bersama Pemimpin di kediamannya di Kampung Perupuk di sini hari ini.

Beliau menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke AS daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 31 Mac 2014 dan menamatkan tugas tersebut pada 7 April lepas.

Awang Adek sebelum itu berkhidmat sebagai timbalan menteri kewangan selama tujuh tahun sejak 2006 di bawah dua perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepanjang berkhidmat sebagai duta besar, beliau masih merupakan Ketua UMNO bahagian Bachok namun jawatan itu dipangku oleh timbalannya, Datuk Dr. Ilias Hussain.

Mengenai jawatan Gabenor Bank Negara yang nama beliau turut disebut-sebut untuk dilantik menyandangnya, Awang Adek berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan negara.

Terdahulu beliau yang tiba di rumahnya pada pukul 11.30 pagi disambut dengan laungan ‘Hidup UMNO, Hidup Awang Adek’ oleh ribuan penyokongnya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua UMNO Subang Sindir ‘Prototaip Proton’ Guna Logo BMW

Ketua UMNO Subang Sindir ‘Prototaip Proton’ Guna Logo BMW

07/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah secara berseloroh menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri...

Parlimen Mungkin Bubar Awal Jika BN Johor, Negeri Sembilan Menang Besar – Dr Ong Kian Ming

Parlimen Mungkin Bubar Awal Jika BN Johor, Negeri Sembilan Menang Besar – Dr Ong Kian Ming

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Parlimen DAP Bangi, Dr Ong Kian Ming menggariskan beberapa sebab mengapa beliau percaya sokongan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd