• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Aktivis Dibenar Rujuk Isu Perlembagaan Ke Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
15/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan dua aktivis Adam Adli Abd Halim dan Mohd Fariz Abd Talib untuk merujuk isu perlembagaan berhubung Akta Perhimpunan Aman 2012 ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris berkata Mahkamah Majistret tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan apa-apa persoalan undang-undang berhubung isu perlembagaan.

“Sehubungan itu mahkamah ini menggantung sementara prosiding di mahkamah ini sehingga permohonan selesai, 21 Jun ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi,” katanya.

Kedua-dua aktivis berkenaan mengemukakan permohonan untuk mencabar beberapa isu iaitu sama ada Seksyen 4(1)(c), 4(2)(c) dan 4(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah bercanggah dengan perkara-perkara 8,9 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pada 8 Sept 2015, Adam Adli, 26, dan Mohd Fariz, 45, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyertai protes jalanan bermula di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Esplanade KLCC di sini antara 4 petang dan 7.30 malam, 28 Feb tahun lepas.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) akta itu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) akta sama membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Mereka diwakili peguam Eric Paulsen manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin. – BERNAMA

Tags: aktivismahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd