• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PR1MA Digesa Kurangkan Harga Siling Rumah Mampu Milik

oleh Ahmad Albab
11/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menggesa kerajaan persekutuan supaya mengurangkan harga siling bagi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) daripada RM400,000 kepada RM300,000.

Exco negeri, Jagdeep Singh Deo berkata tiada rasional atau justifikasi untuk harga siling PR1MA terus berada pada RM400,000 memandangkan harga siling untuk rumah mampu milik bagi sektor swasta telah mencecah RM300,000.

Beliau berkata pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemantauan Pelaksanaan Keputusan Majlis Perumahan Negara pada 4 April lepas, Pulau Pinang telah bersetuju supaya harga siling untuk rumah mampu milik ditetapkan pada RM300,000.

“Sekiranya sektor swasta boleh berbuat demikian, kenapa tidak kerajaan persekutuan? Sudah pasti sebagai kerajaan, kita tidak boleh memikirkan keuntungan sahaja tetapi perlu mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang media di sini.

Jagdeep Singh berkata kerajaan negeri telah menerima banyak permohonan untuk membina 5,031 unit rumah PR1MA tetapi kesemua permohonan itu tidak diluluskan.

Permohonan tersebut adalah untuk pembinaan 1,520 unit rumah di Batu Ferringhi, Bukit Gelugor (1,124 unit) dan Tasek Gelugor (2,387 unit), katanya.

“Permohonan di Batu Feringghi telah ditangguhkan untuk membolehkan PR1MA menyemak semula harga daripada RM400,000 kepada RM300,000, manakala permohonan lain baru sahaja dihantar dan akan dipertimbangkan sebaik sahaja kelulusan teknikal,” katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanPR1MA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd