• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas CEO 1MDB Akan Disiasat Jika Ada Keperluan

oleh Ahmad Albab
11/04/2016
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan PAC itu setebal 106 muka surat dan pihak polis memerlukan masa untuk menyemak dengan terperinci dan menurutnya beliau akan memberikan kenyataan bila sudah bersedia.

“Sama ada Shahrol akan dipanggil untuk membantu siasatan hanya akan diputuskan selepas laporan itu diteliti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan PDRM, di sini hari ini.

PAC pada Khamis lepas telah membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat di Dewan Rakyat.

Jawatankuasa yang dianggotai anggota Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang itu antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB itu dan pihak yang berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan membawa campur tangan asing dan hasutan.

“Sebahagian daripada kertas siasatan ini ada yang belum selesai dan ada yang sudah dibawa kepada Peguam Negara namun tiada sebarang keputusan lagi,” katanya.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu mendakwa tekanan asing diperlukan untuk memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur kerana saluran untuk mencari penyelesaian dalam negara didakwa ditutup sepenuhnya. – BERNAMA

Tags: 1MDBkhalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd