• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Buang Bayi Ditahan

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu – Polis menahan seorang wanita dipercayai ibu kandung bayi malang yang ditemui mati dalam semak di tepi pagar Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Wanita berusia 26 tahun itu ditahan pada 11.30 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

“Siasatan awal mendapati dia sudah berkahwin selama enam tahun dan mempunyai dua anak perempuan berusia lima tahun dan setahun empat bulan.

“Suspek mendakwa turut menghadapi masalah dengan suami sejak tiga bulan lalu,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, wanita itu melahirkan bayi kira-kira 2 petang, Selasa dalam tandas kedai tempat abangnya bekerja di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, di sini, dan meninggalkan bayi itu dalam semak tepi pagar klinik berkenaan.

Katanya, suspek kemudian memaklumkan abangnya, dia mengalami pendarahan dan dibawa ke unit kecemasan klinik kesihatan terbabit sebelum dirujuk ke HRPZ II. – myMetro Online

Tags: buang bayiWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd