• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Umum Bantu Skuad Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membantu pasukan kebangsaan bagi memantapkan prestasi skuad Harimau Malaysia.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sewaktu mengumumkan perkara itu bertitah, kelab JDT akan membantu skuad negara dalam pelbagai aspek.

“Saya telah membuat keputusan yang kelab bola sepak JDT akan membantu pasukan kebangsaan dari pelbagai cara seperti memberi kebenaran menggunakan kemudahan-kemudahan seperti fasiliti latihan JDT,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail turut bertitah pasukan negara dibenarkan menggunakan Stadium Larkin untuk perlawanan penting dan berkongsi idea serta pendapat berkaitan apa sahaja yang diperlukan pasukan kebangsaan.

“Saya percaya adalah penting untuk semua pihak bekerjasama demi kepentingan pasukan kebangsaan kita,” katanya.

Pengumuman itu memberi harapan baharu kepada penyokong bola sepak Malaysia untuk menyaksikan peningkatan dalam mutu permainan skuad Harimau Malaysia.

Kerjasama itu turut meredakan kontroversi yang berlaku diantara jurulatih JDT, Mario Gomez dengan jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

Gomez baru-baru ini mengkritik barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaysia kerana prestasi pemain JDT didakwa merundum selepas pulang daripada mewakili negara. – mynewshub.cc

Tags: Harimau MalayaJDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd