• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Pengguna Sokong Perak Henti Lesen Pusat Hiburan Keluarga

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Usaha kerajaan negeri Perak untuk menghentikan pengeluaran serta pembaharuan lesen pusat hiburan keluarga mulai tahun depan mendapat sokongan persatuan pengguna.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill berkata banyak pemilik pusat hiburan yang membenarkan premis mereka dijadikan tempat bagi aktiti perjudian.

“Tidak boleh dinafikan bahawa kebanyakan pusat hiburan keluarga sedia ada adalah tempat di mana aktiviti perjudian berlaku secara senyap.

“Sebenarnya pusat hiburan macam ini tidak menguntungkan pun. Syabas kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan exco berkenaan atas keputusan yang berani ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sekiranya negeri lain tidak mahu mencontohi perkara tersebut, mereka perlu melakukan penguatkuasaan lebih tegas dalam memastikan syarat permitnya tidak dilanggar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Badan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Samsuddin Abu Hassan sebelum ini mengumumkan mengenai keputusan kerajaan negeri untuk menghentikan pengeluaran serta pembaharuan lesen pusat hiburan keluarga mulai 2017.

Bagi Anggota Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional, Muhammad Sha’ani Abdullah, pusat hiburan keluarga masih boleh terus diwujudkan namun dengan pendekatan berbeza.

Beliau berkata antara langkah yang boleh dibuat ialah dengan membuka pusat hiburan keluarga antara lain dalam taman tema atau hotel bagi memastikan pematuhan peraturan lebih baik.

Beliau turut menyarankan agar permohonan lesen pusat hiburan perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada penduduk setempat sebelum dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk sama ada diberi kelulusan atau tidak. – BERNAMA

Tags: hiburanPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd