• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Cedera Letupan Gas LPG Di Mid Valley

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua letupan berlaku di dua restoran di pusat beli-belah Mid Valley di sini, hari ini dipercayai berpunca daripada sistem gas asli cecair (LPG) mengakibatkan lapan orang mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata letupan berlaku di restoran Chili’s Grill & Bar dan McDonald’s kira-kira 10 pagi tadi.

“Letupan mengakibatkan enam orang cedera ringan dan dua kontraktor penyelenggaraan Mid Valley cedera di muka,” katanya ketika ditemui pemberita sambil menambah kedua-dua restoran ditutup untuk siasatan.

Beliau berkata kesemua mereka dihantar ke Hospital Pantai di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mengulas lanjut, beliau berkata letupan berpunca daripada aktiviti penyelenggaraan yang dilakukan kontraktor pusat beli-belah itu terhadap saluran penyambungan gas memasak LPG yang dibaik pulih semalam.

Dalam pada itu, seorang daripada pekerja restoran Chili’s yang hanya dikenali sebagai Malika, 53, berkata siling di bahagian dapur runtuh sebaik sahaja berlakunya letupan.

“Siling yang jatuh terkena sedikit bahagian kepala, namun saya hanya mengalami luka kecil,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, jurucakap Mid Valley Megamall, IGB Real Estate Investment Trust (IGB REIT) berkata pusat beli-belah itu beroperasi seperti biasa dan dibuka kepada pengunjung.

Pengurus pelaburan Megamall berkata semua sistem LPG yang menyebabkan insiden letupan itu, telah ditutup sehingga menerima arahan selanjutnya.

“Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan,” kata syarikat itu dalam kenyataan di sini hari ini.

IGB Reit berkata mangsa yang cedera membabitkan pekerja penyelenggaraan syarikat itu, kontraktor LPG dan kakitangan penyewa, dan insiden itu juga tidak membabitkan kecederaan kepada orang awam.

Syarikat itu berkata keselamatan kekal menjadi keutamaan mereka.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” katanya. – BERNAMA

Tags: letupan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan seluruh anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan misi pengaman di...

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd