• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Hiburan Keluarga Dilarang Beroperasi Di Perak Mulai 2017

oleh Ahmad Albab
04/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOPENG – Mulai tahun depan tiada lagi pusat hiburan keluarga dibenar beroperasi di Perak.

Mengumumkan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Badan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Samsuddin Abu Hassan berkata langkah itu diambil akibat penyalahgunaan lesen oleh pemilik premis.

Katanya, pengeluaran serta pembaharuan lesen pusat hiburan keluarga akan dihentikan mulai 2017.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini penyalahgunaan lesen oleh pemilik premis semakin berleluasa antaranya dengan menjadikan pusat hiburan keluarga itu tempat aktiviti perjudian termasuk oleh pelajar.

“Maka kerajaan negeri telah mengambil beberapa tindakan antaranya tiada lagi lesen (pusat hiburan keluarga) baharu diluluskan dan lesen sedia ada diberi tempoh (beroperasi) sehingga 31 Disember tahun ini dengan syarat tiada unsur-unsur penyalahgunaan lesen,” katanya.

Samsuddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Meja Bulat Perangi Mesin Judi bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di sini hari Ahad.

Di Perak terdapat sebanyak 129 pusat hiburan keluarga beroperasi secara sah dan mempunyai lesen perniagaan dengan 123 daripadanya terletak di di Ipoh, Hilir Perak (empat) dan Batu Gajah (dua).

Ditanya jika terdapat bantahan susulan keputusan kerajaan negeri itu, Samsuddin berkata ia merupakan perkara biasa dan ia hanya membabitkan golongan tertentu.

“Menteri Besar (Datuk Seri Zambry Abd Kadir) mempunyai pendekatan yang teguh dalam keputusan ini kerana ia (pusat hiburan) tidak menguntungkan, sebaliknya memudaratkan rakyat di negeri ini,” katanya.

Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata keputusan kerajaan negeri Perak dalam menangani isu perjudian haram itu patut dicontohi oleh negeri-negeri lain. – BERNAMA

Tags: hiburanPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd