• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Jepun Akan Letak Jawatan Berikutan Skandal Dana

oleh Ahmad Albab
19/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Sebagai satu tamparan kepada Perdana Menteri Shinzo Abe, Menteri Perdagangan dan Industri Jepun Yuko Obuchi yang baharu dilantik berhasrat untuk meletakkan jawatan berikutan laporan mengenai kumpulan penyokongnya menyalah guna dana politik.

Akhbar Nikkei melaporkan Obuchi, 40, anak perempuan seorang bekas perdana menteri, menyatakan kepada rakan terdekat Abe bahawa beliau bercadang untuk berundur dan akan membincang perkara itu apabila Abe kembali dari sidang kemuncak Asia-Eropah di Itali petang ini.

Obuchi yang dianggap calon yang mungkin menjadi perdana menteri wanita pertama di Jepun, memohon maaf kepada sebuah jawatankuasa parlimen Khamis lalu berhubung laporan mengenai penyalahgunaan dana, yang mungkin menyalahi undang-undang pilihan raya dan pembiayaan politik.

Jurucakap Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rancangan Obuchi untuk meletakkan jawatan. Tidak ada sesiapa juga menjawab panggilan telefon di pejabatnya.

METI kemudian memaklumkan pihak media bahawa Obuchi membatalkan lawatan ke tengah Jepun hari ini bagi mengelakkan ‘kekacauan’ yang dijangka.

Nikkei menyatakan Obuchi memberitahu orang terdekat dengan Abe mengenai perancangannya untuk memikul tanggungjawab bagi apa yang berlaku.

“Saya sedang menyiasat (isu dana itu) tapi saya fikir tidak ada penjelasan yang memuaskan mengenainya,” lapor akhbar itu memetiknya sebagai berkata.

Abe melantik Obuchi, seorang ibu dengan dua anak kecil, kira-kira dua bulan lalu bagi mengetuai METI. Beliau adalah seorang daripada lima wanita dipilih Abe dalam rombakan kabinet bagi menaikkan popularitinya dengan menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan wanita. – REUTERS

Tags: Danajepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd