• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Mara Separuh Akhir Piala FA , Tewaskan PDRM

oleh Ahmad Albab
15/04/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agregat 6-2 pada perlawanan suku akhir kedua, malam tadi.

Pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, skuad Harimau Selatan menang 5-2 ke atas skuad The Cops.

JDT turun di halaman sendiri dengan berbekalkan agregat 1-0 selepas menang tipis ke atas PDRM pada suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka, 19 Mac lepas.

Gol pertama pasukan tuan rumah dijaringkan pemain import Argentina, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-15 setelah menyambar kemas tandukan ke belakang Amirul Hadi hasil sepakan sudut Safiq Rahim.

Diaz sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-28 selepas berjaya menyempurnakan sepakan kencang ke dalam gawang lawan.

Jaringan ketiga pasukan JDT dihasilkan Safiq pada minit ke-40 menerusi sepakan penalti akibat tindakan penjaga gol PDRM, Muhd Haziq Nadzli yang menjatuhkan Juan Martin Lucero.

PDRM berusaha mengatur serangan bertali arus, namun, gagal sebelum bertambah derita apabila pasukan juara Piala AFC 2015 menambah jaringan keempat pada minit ke-42 menerusi sepakan luar kotak penalti oleh Aznie Taib.

Bersambung babak kedua, The Cops mula mendapat rentak permainan apabila memperoleh gol pertama selepas Andre Francisco Williams berjaya membolos gawang Farizal Marlias pada minit ke-49 sebelum Ahmad Nizam Mohd Rodzi menambah jaringan kedua pada minit ke-62 menerusi sepakan percuma.

JDT terus menjarakkan kedudukan pada perlawanan yang disaksikan lebih 22,000 penonton apabila meledak gol kelima menerusi Juan Martin Lucero pada minit ke-66.

Keputusan kekal 5-2 sehingga wisel penamat dan JDT dijadual bertemu Kedah pada perlawanan separuh akhir nanti. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

13/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Johor Motorsports Racing (JMR) bakal mencipta detik bersejarah apabila membuat penampilan sulung dalam perlumbaan ketahanan...

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung sebelum ini telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd