• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Jamin Hadir Majlis Pelantikan Presiden Indonesia

oleh Ahmad Albab
18/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jakarta – Bekas jeneral tentera elit Indonesia, Prabowo Subianto semalam berkata, dia tidak dapat memberi jaminan akan hadir dalam majlis pelantikan Joko Widodo (Jokowi) Isnin ini kerana terikat dengan urusan keluarga.

Kata Prabowo, sehingga jam 3 petang semalam, dia tidak menerima jemputan ke majlis berkenaan yang sepatutnya diserahkan Speaker Majlis Perwakilan Rakyat Zulkifli Hasan.

“Sebagai negarawan dan warganegara, jika saya dijemput ke majlis itu, saya akan hadir.

“Namun seperti saya nyatakan kepada Jokowi, saya mungkin tidak dapat hadir atas urusan peribadi.

“Saya harus ke luar negara,” katanya.

Prabowo juga berikrar “mencuba sedaya upaya” menyelesaikan urusan keluarga itu esok tetapi dia tetap memaklumkan kepada Jokowi kemungkinan dia tidak hadir.

Prabowo dijadual berlepas ke luar negara malam tadi atau pagi ini, namun destinasi atau urusan yang dimaksudkan, tidak didedahkan.

Sementara itu Zulkifli berkata, dia berharap Prabowo akan hadir di majlis berkenaan dan menganggap ia sebagai “hadiah terbaik untuk Indonesia.”

Beberapa pengerusi parti yang bergabung dalam Gabungan Merah Putih turut mengesahkan kehadiran, termasuk Hatta Rajasa dari Parti Amanat Nasional dan Aburizal Bakrie (Golkar). – Agensi

Tags: Indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

Apakah Benar 127.3 Hektar Tanah Pulau Sebatik Diserah Kepada Indonesia?  – Radzi Jidin

Apakah Benar 127.3 Hektar Tanah Pulau Sebatik Diserah Kepada Indonesia? – Radzi Jidin

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Apakah Benar 127.3 hektar tanah milik Malaysia di Pulau Sebatik Telah Diserah Kepada Indonesia? Persoalan itu dibangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd