• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanda Tanya Skim Air Percuma Selangor Dikaji Semula

oleh
01/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor masih lagi berdolak dalik apabila menyatakan sedia mengkaji semula skim air percuma untuk penduduk negeri itu selepas penstrukturan industri berkenaan selesai dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, skim 20 meter padu air percuma setiap bulan akan terus meliputi semua penduduk Selangor sepanjang tahun ini namun ia akan dikaji semula bermula pada tahun depan.

Kerajaan Selangor telah membelanjakan sejumlah RM1.1 bilion untuk skim itu sejak 2008, kata Azmin. Pada ketika ini, pihak kerajaan negeri masih mengambil keputusan untuk meneruskan bagi tahun 2016.

“Bagaimanapun setelah selesai penstrukturan industri perkhidmatan air yang juga menelan kos yang tinggi maka amat wajar cadangan yang dikemukakan oleh (ADUN) Hulu Kelang itu diberikan perhatian yang serius.

azminair2

“Ini supaya kos yang bakal dikeluarkan ini menepati kumpulan sasaran iaitu hanya pada yang berpandapatan rendah dengan rakyat di negeri Selangor sahaja,” jawab Azmin dalam persidangan DUN pada Jumaat.

Azmin berkata demikian selepas mendengar cadangan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungip untuk kerajaan negeri memindahkan sebahagian peruntukan air percuma kepada golongan sasaran terutamanya golongan memerlukan.

Ujar beliau lagi, tiada laporan penyalahgunaan pemberian air percuma ini diterima oleh pihak kerajaan negeri sepanjang program air percuma dilaksanakan seperti pernah dibangkitkan ADUN DAP dan PKR sebelum ini.

Beberapa wakil rakyat Pakatan Harapan pernah mendakwa konon umat Islam sebagai pengguna air paling bazir di negeri itu dengan dihabiskan ketika waktu solat Jumaat dan mandi wajib hadas besar setelah setubuh pasangan.

azminair

Sehubungan trend semasa, pihak kerajaan negeri bercadang untuk tetap meneruskan program pemberian air percuma bagi tahun 2016 seperti yang dinyatakan dalam pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.

Dalam Bajet Negeri Selangor 2016 lalu, Azmin berkata skim pemberian air percuma kepada rakyat Selangor bagi 2017 dan tahun-tahun seterusnya, adalah bergantung kepada tahap kemampuan kewangan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri sebelum ini berkata pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu akan diteliti semula bagi memastikan skim itu benar-benar sampai kepada golongan sasar termasuk pengguna berpendapatan rendah.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Azmin Diselar Dakwa Hanya Umat Islam Bazir Air

Juga: Masjid, Surau Di Selangor Diarah Kurang Bazir Air

Lagi: Bekalan Air Selangor Kritikal Mulai 2017

Tags: Azmin AliKerajaan Selangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan Cadangan Longgarkan Syarat Rumah Anutan Bukan Islam

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor diminta memberi penjelasan terbuka sama ada benar terdapat keputusan untuk melonggarkan syarat pembinaan atau pemutihan...

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd