• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Istimewa Parol Khir Toyo Ikut Syarat Seperti Banduan Lain

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI yang jenis busuk hati dan tidak boleh tengok orang senang, ada saja komen berniat jahat pertikai itu ini termasuk kes pelepasan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo secara perintah parol pada Selasa.

Walhal apa yang berlaku sebenarnya bekas Menteri Besar Selangor itu terpaksa melalui syarat, proses serta pertimbangan sama seperti banduan biasa lain, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar.

Beliau berkata, pelepasan Mohamad Khir secara perintah parol pada Selasa malah melalui prosedur biasa sama seperti banduan lain di bawah sistem parol yang mula dilaksanakan oleh Jabatan Penjara pada Julai 2008.

Ia bertujuan agar banduan atau Orang Diparol dapat menjalani pemulihan berterusan di luar penjara bersama-sama komuniti supaya proses asimilasi dan reintegrasi lebih sempurna dapat dicapai.

Semua banduan yang layak dari segi pencapaian pemulihannya, kesalahan dan tempoh pemenjaraan yang dilalui seperti ditetapkan Akta Penjara, akan dikemukakan laporan kepada Lembaga Parol untuk pertimbangan lanjut.

“Setelah dipertimbang dan diluluskan, perintah parol beserta syarat-syarat yang perlu dipatuhi Orang DiParol akan dikeluarkan oleh Lembaga Parol,” jelas Zulkifli dalam satu kenyataan media pada Rabu

“Pelepasan secara perintah parol bermaksud Orang DiParol masih terikat dengan baki tempoh hukuman yang perlu dijalani serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan ia bukan bermaksud pembebasan sepenuhnya.

“Melalui syarat, proses serta pertimbangan yang sama untuk semua banduan lain, Lembaga Parol telah memberi pelepasan secara Perintah Parol kepada Mohamad Khir mulai 29 Mac 2016,” kata Zulkifli.

Menerusi entri Facebook milik Mohamad Khir pada Selasa, beliau memaklumkan setelah enam bulan dipenjara, Lembaga Parol telah meluluskan permohonan parol kepadanya untuk menjalani baki hukuman di luar penjara.

Zulkifli seterusnya berkata, seramai 11,897 Orang Diparol telah selesai menjalani pelepasan secara perintah parol sejak 2008 sehingga 30 Mac 2016.

“Manakala jumlah semasa yang sedang menjalani perintah parol pada 30 Mac 2016 adalah seramai 543 orang,” katanya.

Dr Mohamad Khir, 50, sebelum ini disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan sabitan dan hukuman 12 bulan penjara terhadapnya. – mStar Online

Tags: Khir ToyoPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd