• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terengganu Pantau Media Baharu Sebar Berita Tidak Sahih

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu meminta orang ramai menghentikan penyebaran berita tidak sahih menerusi media baharu berhubung situasi politik di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu boleh menimbulkan kekeliruan dan kekecohan orang ramai.

Beliau berkata polis mendapati aktiviti penyebaran itu semakin berleluasa, antara lain membabitkan dakwaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pilihan raya negeri.

“Mereka mengambil kesempatan ini dengan menyebarkan berita yang tidak benar. Tindakan ini boleh mencetuskan kekecohan dan kekeliruan orang ramai,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata lebih membimbangkan apabila ada juga pihak yang sanggup membuka akaun Facebook dengan menggunakan nama dan gambar pemimpin Terengganu bagi menyalurkan maklumat palsu yang mengundang kegusaran awam.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mereka yang menimbulkan perkara berbaur hasutan, fitnah dan tindakan di bawah SKMM akan dikenakan,” katanya.

Sehubungan itu, Rosli berkata polis bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau media baharu.

Persidangan DUN Terengganu baru-baru ini gempar apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Razif, namun Speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong menolak cadangan usul itu.

Susulan itu pelbagai maklumat palsu disebarkan hingga mengaitkan pembubaran DUN dan pergolakan antara pemimpin UMNO. – BERNAMA

Tags: media sosialpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd