• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Berjaya Kumpul Derma RM200K Bayar Saman Fitnah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mendakwa telah berjaya mengumpul derma RM200,000 untuk Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu membayar saman fitnah yang dikemukakan keatasnya oleh bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Pengelola program #SahabatMatSabu dalam satu kenyataan media mendakwa, akaun tabung kutipan derma untuk Mohamad yang lebih popular dengan Mat Sabu akan diaudit dalam masa terdekat dan jumlah rasmi juga akan diumumkan.

“Adalah dimaklumkan bahawa kutipan derma untuk Mat Sabu yang dijalankan oleh ‪#‎SahabatMatSabu‬ telah berjaya mencecah RM200,000. Dengan ini diumumkan bahawa, tabung ini akan ditutup secara rasmi,” kata kenyataan itu hari ini.

Mynewshub.cc pada Februari lalu melaporkan Mat Sabu yang juga Presiden PAN berdepan dengan tuntutan muflis selepas gagal membayar hutang kes saman fitnah membabitkan Wan Ahmad.

Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan dipetik berkata, notis kebankrapan disampaikan kepada Mat Sabu pada 3 Febuari lalu, tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya.

Mat Sabu kemudian meminta bantuan orang ramai mengumpul dana untuk beliau membayar saman itu, namun permintaannya dicemuh ramai pihak termasuk ahli dan penyokong PAS.

PAN mengkritik PAS kerana lepas tangan dalam kes saman dihadapi Mat Sabu sedangkan kes itu berlaku sewaktu Mat Sabu masih memegang jawatan Timbalan Presiden PAS. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Mat Sabusaman
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?

Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail mempersoalkan kritikan terhadap pelantikan pelawak dan penggiat seni...

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd