• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Kelantan Rampas 11,016 Kilogram Minyak Masak

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Kelantan merampas 11,016 kilogram minyak masak pelbagai jenama bernilai RM27,540 dalam serbuan di sebuah kedai runcit di Rantau Panjang, semalam.

Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata rampasan dalam Operasi Cost Of Living (COL) itu dilakukan selepas mendapati pemilik kedai berkenaan gagal mempamerkan sebarang lesen runcit dan borong yang membenarkannya menjual barang kawalan itu.

“Serbuan yang dilakukan pada pukul 11 pagi semalam, mendapati pemilik kedai runcit itu menyimpan stok enam jenama minyak masak itu di sebuah bangunan di belakang kedainya berhampiran Sungai Golok.

“Daripada jumlah minyak masak yang banyak itu, kita percaya ia bertujuan untuk di seludup ke negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di Stor Eksibit KPDNKK di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Ab Ghani berkata berikutan rampasan itu, pemilik kedai tersebut ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM1 juta atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, untuk kesalahan pertama.

Sementara itu, Ab Ghani berkata harga minyak masak yang murah, bersih serta halal di negara ini iaitu RM2.50 sekilogram adalah faktor utama bahan tersebut mendapat permintaan tinggi di Thailand dengan harga jualan mencecah RM4.50 sekilogram.

“Hasil lawatan kita dan maklumat yang diterima daripada pihak Thailand mendapati hampir 90 peratus minyak masak yang digunakan di wilayah Selatan Thai (Narathiwat dan Pattani) adalah dari Malaysia. Ia satu angka yang agak memeranjatkan,” katanya.

Katanya sehubungan itu, pihaknya akan membuat siasatan lanjut terhadap pemilik jenama minyak masak yang dirampas itu untuk mengetahui sama ada mereka menjual barang kawalan itu kepada orang yang tidak mempunyai lesen menjual dan menyeleweng subsidi yang diberikan kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata penguatkuasaan penyeludupan minyak masak di sempadan yang dilakukan sejak sekian lama berdepan sedikit kesukaran berikutan pelbagai modus operandi yang digunakan penyeludup selain terdapat hampir 100 ‘laluan tikus’ di sepanjang Sungai Golok, iaitu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

“Fenomena kemarau yang telah menyebabkan air Sungai Golok semakin cetek sehingga paras lutut orang dewasa ketika ini juga memudahkan penyeludup membawa masuk minyak masak ke Thailand,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKminyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar

Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar

19/04/2026
0

SEREMBAN – Malaysia sememangnya memiliki minyak, namun bekalan dalam negara masih belum mencukupi untuk memenuhi keseluruhan permintaan domestik. Naib Pengerusi...

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd